Wednesday, November 11, 2009

Coretan Kecil


"Betul ker, aku dengar kau buruk2 kan isteri aku?"

Terkejut aku. Kali pertama dia terjah masuk ke bilik sebegitu rupa. Pertanyaannya pun agak bernada keras. Tak seperti biasa. Kaget sebentar aku sebelum jawapan aku muntahkan padanya.

"Ha, apsal plak nak kutuk dia?"

"Anak dia cakap, kau burukkan mak dia depan kawan2 kau, lebih2 lagi dengan anak Haji Amin tu", beriya2 aku dituduh.

"Astaghfirullah. Ayah kalau saya dah tak suka seseorang tu, saya takkan sibuk nak bercerita pasal dia, buat habis air liur jer"

Ayah diam, tapi air muka masih tampak marah. Kesal aku bila bicara aku diketepikan hanya kerana 'bisikan' anak tirinya itu. Aku makin benci keluarga itu, setiap orang dari darah daging mereka. Mereka rampas ayahku, mereka rampas kasih sayang ayahku. Ayahku pula ibarat dipukau, menurut dan percaya saja kata2 mereka anak beranak. Aku terasa hati dengan layanan ayah kepadaku.

------------------------------------------------------

Itu dulu, 5 tahun dulu.

Aku tak pernah berdendam dan tidak sedikit pun aku benci pada ayah. Aku tahu, ayah bukan begitu. Walaupun ketika arwah mak masih ada dulu, ku akui ayah memang seorang yang garang. Tapi disudut kecil hati ini, ku tetap percaya kasih sayang seorang bapa kepada anak2 nya.

Kini dan hari ini, ayah telah kembali ke pangkuan kami sekeluarga. Namun aku jauh dari sisinya. Di hati ini, tetap tersemat sayang ku padanya. Kami menjaga ayah sebaik mungkin, supaya dia sentiasa tahu masih ada yang sayang pada dirinya.

Pak!

Terjaga aku dari lamunan ini. Teman serumah aku ini memang pantang melihat aku termenung, mesti cepat saja dia menyergah aku.

"Jauh mengelamun, dah sampai New York dah?" sindiran yang biasa aku dengar dari mulutnya.

"Sikit lagi nak sampai, yang ko pi sergah aku apsal? Tak sampai hajat aku nak pijak bumi New York" jawab ku bersahaja.

"Ah, banyak la ko, berangan tak habis2. Lepas tu ada jer idea ko nak menjawab ek?".

Aku hanya tersenyum melayan karenah 'housemate' aku yang seorang ni. Zulkhairi Arifin atau lebih aku kenali dengan panggilan Ery ini, yang hidup sebumbung dengan aku sejak setahun yang lepas. Kami bertemu ketika sama menuntut di universiti dulu. Kami bertemu kembali di kota yang penuh liku ini. Ery yang telah ditawarkan bekerja di bangunan yang gah di tengah2 kota mengajak aku duduk serumah bersamanya. Aku pula masih di tahun akhir pengajianku berkira2 untuk duduk bersama. Bukan aku tak sudi, tapi memikirkan soal kewangan aku yang tak stabil membuat aku berfikir dua kali. Namun Ery kata padaku, dia tidak kisah kerana aku hampir menamatkan pengajianku. Bila dah dapat kerja nanti, aku bayarlah sikit2. Aku bersetuju, tapi aku mengambil jalan untuk membuat 'part time' sekadar untuk membantu serba sedikit di rumah sewa kami.

"Apa planning ko hari ni, ada pergi mana2 tak?" Tanya Ery.

Lambat2 aku menjawab, "so far, aku tak ada plan lagi. Kenapa ko tanya?"

"Kalau ko takde plan, temankan aku tengok wayang petang nanti"

"Okey kot, cerita per? ko belanja?" mengharap.

" Ye la, dah aku yang ajak, aku belanja ler. Cerita tak tau lagi, kat sana baru decide". Aku angguk menurut.

Jam 2 petang.

Kami memulakan langkah ke panggung wayang. KLCC destinasi kami. Ery bercadang nak lepak dekat taman KLCC lepas menonton wayang. Saja nak memerhati orang sekeliling. Lihat ragam manusia katanya lagi padaku.

"Erm ok. Cerita aper ek? Macam takde yang best jer. Ko rasa cerita yang best?" Tanya Ery padaku setibanya kami di ruang depan TGV KLCC.

"Aku tak kisah, apa2 cerita pun ok jer" jawabku sambil mataku melilau menonton ligat manusia keliling.

"Ko ni, bukan nak bantu aku. Kalau camtu, kita tengok komedi ni, 'Confession of Shopaholics'. Ok?" cadang Ery.

Aku angguk sambil buat2 senyum. Seraya itu juga Ery berbaris untuk membeli tiket. Untungnya, tak ramai orang pada hari itu. Tak sampai 10 minit, dua tiket dah ada di tangan sahabatku ni.

Berbekalkan sisa tawa kami, kami melangkah keluar dari bilik tayangan. Agak lucu juga cerita itu. Kira berbaloi juga wang yang Ery keluarkan. Kami terus taman KLCC. Ramai juga manusia yang membanjiri kawasan ini dikala senja melabuh tirainya. Sesekali kami tergelak melihat karenah kanak2 yang bermain di sekitar kawasan itu. Turut menarik perhatian kami, pengunjung yang membuat pelbagai aksi di hadapan lensa untuk dijadikan kenangan.

Ka Ching!

Mesej diterima dari telefon bimbitku.

Guess who misses u 1,000,000 times? erm.. who could it be? Me..?? No! No! No! Definitely not me! because I... ...Miss u more than that :(
-Balqis-

Balqis?! Kenapa tiba2 dia menghantar mesej padaku. Setelah lama menyepi, baru hari ini dia 'menjenguk' ku. Pesanan ringkas itu benar2 mangganggu mood aku. Terus aku mengajak Ery balik. Seolah2 pemandangan di taman KLCC ini menjadi terlalu kosong buat aku. Melihat perubahan raut wajah aku, Ery bersetuju tanpa bertanyakan sebarang soalan.

Balqis, kenapa kau tiba2 muncul dalam hidupku setelah lama kau menghilang tanpa berita. Hilang sehingga rindu padamu telah terkikis. Kenapa?

Wednesday, October 14, 2009

Puncak Sana

Tahun 2010...

Kami bertemu...
Bersama,
Bergembira,
Mencipta kenangan...

Aku realisasikan...
Pasti...

Monday, October 5, 2009

Jelajah Malaysia

Harapan aku untuk menakluki seluruh Tanahair ini....

Jelajah setiap negeri...
Sekurang2 nya satu tempat di setiap negeri...
Rasai perbezaan dan persamaan bagi setiap tempat...
Semuanya...

Mesti seronok...
Mesti penuh kenangan...

Dengan siapa?
Bila?

Entah

Thursday, September 3, 2009

Ayah Bonda

Bayangkan sebuah empayar...
Terbina atas titik peluh kami...

Mungkin sebuah restoran
Mungkin sebuah butik
Mungkin kolam ternakan udang mahupun keli
Mungkin kafe siber
Mungkin sebuah agensi permodelan

Tapi aku mahu semua impian mereka tercapai...
Biar apa sekalipun, aku mahu melihat kegembiraan mereka...

"Wisma Ayah Bonda"

I Will Not

Ada satu tekad...
Aku simpan...
Aku genggam...

Selagi belum perah keringat ini...
Selagi dia belum ku temui...
Selagi itu aku pegang tekad ini...

2010....
Janji aku...
Impian aku...

Friday, August 7, 2009

Coming Soon...

This page is create purposely for the dreams....................

Dream from my sleep....................

............it could be a nightmare, or it could be a heaven

Dream for my destination...............

............. for what i aim to do, to reach, to accomplish

Dream of other people.....................

.................. the success, the tears, melancholy